Hi, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ! :)
Aku nak cerita sikit pasal hari aku, 2 hari lepas aku and family pergi jalan-jalan. Mak aku cakap dekat aku dia teringin sangat nak pergi karaoke Live Band, masa tengah jalan tiba-tiba mak aku nampak orang tengah nyanyi, alatan muzik dia cuma piano keyboard ja, mak aku ajak aku cepat-cepat pergi sana. Lepas kami dah duduk and order air, aku suruh mak aku pergi dekat orang yang tengah main piano keyboard. Apa yang mencabar minda kami ialah, kami terlupa nak bawa lirik aku. Dalam aku cakap mati lah aku, lagu Melayu mana nak ingat saya. Tak apa lah, lepas ja orang tu tanya tentang key berapa, dia pun start.. Lagu pertama kami ialah lagu Beban Asmara by Wann. Lagu tu masih lagi dalam kepala otak aku, aku dengan mak aku bergilir-gilir nyanyi. Lepas dah nyanyi lagu tu kami nyanyi satu lagi, tajuk dia Semakin Rindu Semakin Asyik by Amelina. Lagu tu mak aku ingat sikit-sikit, aku ingat semuanya. Tapi bila masa nak nyanyi aku and mak aku terabur terus. Dah.. nak kena tukar lagu, mulalah aku dah putus asa. Aku pun biarkan mak nyanyi lagi, entah apa tajuk tu aku tak ingat. Bila dah habis lagu solo mak aku, ada orang mintak suruh nyanyi satu lagi. Aku and mak aku berduet satu lagu, tajuk dia Kerana Pengalaman by Zaleha Hamid. Semua lagu dangdut, haha! Lagu tu aku boleh nyanyi and ingat. Cuma satu ja yang kelakar, aku tak ingat lirik and lagu yang dimainkan tak masuk langsung dengan apa yang kami nak nyanyi. Apepun aku suka sangat dengan live band. Kalau boleh nak pergi setiap hari, tapi jauh sangat dengan Hospital Besar Langkawi nuh, haha. Whatever lah ! xD
♥ MᎩ BᏞᎾG ι$ MᎩ LιFΞ ™
♥It's about my life, hobby, dreams and etc♥
Friday, 9 November 2012
Wednesday, 7 November 2012
JUSTIN BIEBER :)
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia !
![]() |
| JUSTIN BIEBER |
Hi semua ! Hari ini aku nak cerita sikit tentang budak dekat atas tu , Korang mesti kenal kan ? Tipu lah kalau korang kata tak kenal . Mmm , korang mesti tertanya-tanya kenapa aku letak gambar dia kat atas tu . Iya lah , korang bukannya minat sangat dengan Justin Bieber nie kan ? Kalau korang minat kita geng , kalau korang tak minat nak buat macam mana takkan aku nak paksa pulak . Apepun ikut pada korang ! Aku kadang-kadang tak faham kenapa orang kita nie meluat sanagt dengan dia , aku dengar cerita benda ini 2 tahun lepas ada gossip dari dia yang menyatakan dia ni pernah menghina Islam dekat Twitter . Mmm , bagi pendapat aku dia cakap macam tu sebab dia hanya percaya kan Tuhan dia sahaja . Macam kita juga , kita hanya percayakan Allah sahaja , tiada Tuhan selain dia . Betul tak ? Aku bukan nak membela dia sebab aku minat gila dekat dia , tapi aku rasa kita nie dah salah faham tentang keadaan dia . Korang jangan marah aku pula , aku cuma bagi pendapat aku ja . Maklum lah , aku bukannya pandai sangat dalam bab agama ni . Sikit-sikit tu boleh lah . Bagi aku , dia tak pernah nak terfikir pun untuk menghina Islam . Dia just nak nak bagi tau yang dia tu hanya percayakan Tuhan dia sahaja . Aku harap korang jangan marah kat aku yaa . xD Byee , Assalamualaikum ! :)
Monday, 5 November 2012
Rindu Si Dia
Hi Assalamualaikum ! =)
Hari ini aku terasa nak update blog , sudah sekalian lama aku mendiamkan diri . Kenapa ?? Aku ada banyak kerja yang nak di buat sampai tak ada masa nak update blog , don't worry k now I write :) . Hari ini juga aku rasa macam sepi ja , entah lah kenapa . Aku teringat seseorang , bila aku tidur ja dia selalu datang dalam mimpi aku . Cewwaah ! macam drama lah pulak , tapi serius gila aku tak tahu kenapa . Setiap kali aku mimpi dia , mesti jadi pelik-pelik dalam mimpi aku . Geram lah juga , tak ada angin bagai tiba-tiba ja dia muncul . Bayangkanlah aku ni cuma perempuan yang syok sendiri , lagi pun dia bukannya tau aku suka kat dia . Korang mesti nak tahu yang siapa yang aku maksudkan kan kan ! xD Aku rasa malu kalau aku bagi tahu kat korang , tak apa lah biar lah rahsia . Parents aku pun tak tahu , inikan pula kawan-kawan . Haha , jangan marah yee ! ;') Actually , aku memang rindu gila dekat dia . Apa yang aku boleh buat masa rindu ada lah juat tengok gambar dia dan tatap lama-lama muka dia . Sedar tak sedar air mata aku mengalir , sedih sih . Macam mana lah aku nak bagi tahu dekat dia , sedangkan dia tak pernah pandang muka aku langsung . Mmm , aku harap sangat-sangat , suatu hari nanti dia tahu betapa aku sayang dan cinta kan dia hingga aku sanggup buat apa saja untuk bahagia kan dia . Itu janji aku ! :'(
Subscribe to:
Comments (Atom)
