Hi, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ! :)
Aku nak cerita sikit pasal hari aku, 2 hari lepas aku and family pergi jalan-jalan. Mak aku cakap dekat aku dia teringin sangat nak pergi karaoke Live Band, masa tengah jalan tiba-tiba mak aku nampak orang tengah nyanyi, alatan muzik dia cuma piano keyboard ja, mak aku ajak aku cepat-cepat pergi sana. Lepas kami dah duduk and order air, aku suruh mak aku pergi dekat orang yang tengah main piano keyboard. Apa yang mencabar minda kami ialah, kami terlupa nak bawa lirik aku. Dalam aku cakap mati lah aku, lagu Melayu mana nak ingat saya. Tak apa lah, lepas ja orang tu tanya tentang key berapa, dia pun start.. Lagu pertama kami ialah lagu Beban Asmara by Wann. Lagu tu masih lagi dalam kepala otak aku, aku dengan mak aku bergilir-gilir nyanyi. Lepas dah nyanyi lagu tu kami nyanyi satu lagi, tajuk dia Semakin Rindu Semakin Asyik by Amelina. Lagu tu mak aku ingat sikit-sikit, aku ingat semuanya. Tapi bila masa nak nyanyi aku and mak aku terabur terus. Dah.. nak kena tukar lagu, mulalah aku dah putus asa. Aku pun biarkan mak nyanyi lagi, entah apa tajuk tu aku tak ingat. Bila dah habis lagu solo mak aku, ada orang mintak suruh nyanyi satu lagi. Aku and mak aku berduet satu lagu, tajuk dia Kerana Pengalaman by Zaleha Hamid. Semua lagu dangdut, haha! Lagu tu aku boleh nyanyi and ingat. Cuma satu ja yang kelakar, aku tak ingat lirik and lagu yang dimainkan tak masuk langsung dengan apa yang kami nak nyanyi. Apepun aku suka sangat dengan live band. Kalau boleh nak pergi setiap hari, tapi jauh sangat dengan Hospital Besar Langkawi nuh, haha. Whatever lah ! xD
No comments:
Post a Comment